Sebenarnya , banyak cara untuk mendidik generasi masakini dalam mencintai subjek ini . Sebagai contoh saya ambil , mungkin guru-guru di sekolah menengah boleh mengambil ikhtiar dengan mengubah cara penyampaian fakta-fakta yang sebelum ini , kebanyakkan guru lebih memilih untuk membaca bulat-bulat fakta yang ada di dalam buku teks , sehingga menyebabkan pelajar menjadi cepat bosan dan mengantuk . Guru-guru mungkin boleh menggunakan konsep ' mind map ' ataupun menggunakan konsep nota ringkas bagi mengelakkan pelajar dari membaca fakta-fakta yang terlalu panjang atau rumit .
Ibu bapa juga memainkan peranan dalam mengubah persepsi pelajar tentang subjek ini . Pepatah mengatakan bahawa " melentur buluh biarlah dari rebungnya " , jadi jelaslah bahawa untuk memupuk minat seseorang itu mestilah bermula semenjak mereka kecil lagi . Sejujurnya , saya meminati subjek ini dahulu kerana ayah saya pernah memberikan saya sebuah buku teks sejarah Tingkatan 4&5 milik ibu saudara saya dahulu , dan bermula dari itu saya mula meminati subjek ini sehingga sekarang , walaupun saya sudah menamatkan zaman persekolahan saya 3 tahun lalu .
Satu lagi langkah drastik bagi memulihkan semula krisis ini ialah dengan mengadakan kempen yang progresif , sistematik dan konsisten . Walaupun perkara ini kelihatan terlalu normal dan ada masanya masyarakat melihat langkah ini sebagai tidak cukup berkesan , tetapi ini adalah cara yang sesuai dalam menyampaikan maksud atau mesej mengenai kepentingan remaja dalam mempelajari sejarah , tambahan pula di zaman generasi IT yang mana telefon bimbit tidak pernah lekang dari tangan .
Jadi , adalah penting bagi masyarakat , terutama ibubapa dan guru bagi mendidik generasi Y ini tentang pentingnya mempelajari , mengetahui serta menguasai subjek sejarah kerana kita pasti tidak mahu sejarah yang lepas daripada kembali lagi pada masa akan datang .
No comments:
Post a Comment