Pengikut

Saturday, December 29, 2018

Misi Ke Piala Asia 2023 : Tercapaikah ?

Pejam celik pejam celik , lagi beberapa hari akan bermulanya kejohanan berprestij bolasepak bagi seluruh negara-negara di Asia , iaitu saingan Piala Asia 2019. Kejohanan yang mengumpulkan 24 pasukan terbaik Asia ini , yang mana mereka dipilih untuk ke saingan ini melalui saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelayakan Piala Asia Pusingan Kedua dan Ketiga 2018. Jika dilihat secara keseluruhan , Asia Tenggara mempunyai 3 wakil ke kejohanan ini iaitu Thailand , Vietnam & Filipina. Thailand diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama UAE , India & Bahrain. Vietnam pula diundi di dalam Kumpulan D bersama-sama Iran,Iraq serta Yaman , dan Filipina pula diundi bersama-sama Korea Selatan, China & Kyrgystan di dalam Kumpulan C. 

Secara kasarnya , peluang untuk ketiga-tiga wakil Asia Tenggara untuk layak ke Peringkat seterusnya agak sukar. Thailand akan kembali menentang UAE , yang mana mereka tewas 2 kali ketika bertemu mereka di peringkat kelayakan , selain kebangkitan bersejarah India yang kini menduduki ranking ke-97 dunia serta kemampuan Bahrain yang tidak boleh diperkecilkan. Vietnam pula akan berhadapan dengan dua negara berjiran iaitu Iran & Iraq , yang mana persembahan Iran di Piala Dunia tempoh hari sahaja mungkin sudah cukup untuk membuatkan Vietnam ' gerun ' untuk berhadapan dengan mereka , selain Iraq yang juga membariskan barisan terkuat mereka kalini. Tetapi mungkin mereka mempunyai peluang untuk meraih kemenangan menentang Yaman . Skuad ' Pinoy ' pula pastinya mahu mengelakkan mereka dijadikan pasukan ' Belasahan ' apabila mereka akan berdepan 2 Gergasi Asia Timur , yakni Korea Selatan & China , dan mungkin ada peluang untuk mereka bangkit ketika menentang Kyrgystan. 

Tutup cerita mengenai Piala Asia 2019. Kita membuka cerita mengenai Kemungkinan untuk Skuad Malaysia menyertai kejohanan berprestij 4 Tahun sekali itu . Secara terbuka , saya menyatakan bahawa Malaysia mampu untuk menyertai kejohanan tersebut , jika dilihat dari prestasi ketika Piala AFF Suzuki baru-baru ini . Namun secara total , prestasi Malaysia tidak boleh dinilai menerusi kejohanan tersebut kerana Malaysia membawa barisan pemain yang agak ' caca merba ' ( boleh baca semula di artikel sebelum ini ) serta tidak disertai oleh beberapa pemain yang on-form. Tetapi , jika persembahan sebegini berjaya dikekalkan , ditambah pula dengan memanggil pemain-pemain yang benar-benar layak , impian ini akan mampu direalisasikan.

Kita harus mengambil contoh , pasukan Kebangsaan India. Jika dibuka cerita lalu , mereka juga lebih kurang seperti kita , berada di ranking ke-160 kebawah . Tetapi tidak sampai 10 Tahun , kini mereka sudah berada di kelompok ranking ke 100 dan keatas. Kerana apa ? Pembangunan liga yang konsisten , mencungkil bakat-bakat muda , taktikal yang berkesan selain memanggil pemain-pemain yang on-form untuk apa-apa kejohanan ataupun ' Friendly ' . Jika India boleh berbuat demikian , kenapa Malaysia tidak mampu ? Jika dibandingkan dari segi teknologi , infrastruktur serta suasana liga , tidak salah untuk mengatakan Malaysia lebih baik berbanding mereka. Jadi nak tunggu sampai bila ?

Ya , kita ada sepertimana yang mereka ada , tetapi adakah ianya diaplikasikan kedalam industri Bolasepak negara ? Implementationnya juga masih kurang. Jadi , jika ingin mencipta sejarah , haruslah bermula dari sekarang. 



Line up ini adalah Line up bayangan saya untuk 2019-2021(2022) . Jika ada apa-apa penambahan , ianya terpulang kepada diri anda sendiri. 

No comments:

Post a Comment