Pengikut

Sunday, August 12, 2018

Lagu Dahulu VS Lagu Sekarang .

As an human , music is an ordinary way on how to releasing your stress , wasting your time and sometimes , just wanna throwback into a certain times . Peredaran zaman telah menyaksikan terlalu banyak perubahan telah berlaku dalam industri Muzik , samada di dalam mahupun di luar negara . Jika 50-60'an , di Tanah Melayu ketika itu lebih popular dengan irama klasik , terutamanya dari Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee , kemudian muncul pula Irama Pop Yeh Yeh pada era 70'an yang menyaksikan ramai kugiran-kugiran mantap yang berjaya dihasilkan hasil dari perkembangan muzik pada ketika itu . Sedekat kemudian , mula menjelma Irama Rock & Roll menjengah Industri Muzik Malaysia pada awal 80-an , namun paling tidak dilupakan apabila pada dekat yang sama , genre Rock Kapak mula berkembang segar di Negara ini , sekaligus berjaya menampilkan beberapa Kumpulan Muzik gah seperti Kumpulan Search , BPR , Lefthanded dan pelbagai lagi . Keghairahan remaja zaman tersebut terhadap Muzik Rock Kapak menjurus kepada wujudnya beberapa pertandingan Muzik Rock serta beberapa konsert-konsert besar melibatkan kumpulan Rock Kapak ini . 

  Beralih kepada Era 90-an , yang mana Muzik Rock Kapak akhirnya menemui batu nisannya pada sekitar 1993 , dan era ini lebih menjurus kepada wujudnya kumpulan yang memainkan lebih dari 1 genre muzik ; seperti contoh Kumpulan Wings yang ditubuhkan pada 1987 pada asalnya turut memainkan Muzik Rock Kapak , namun setelah memasuki era 90-an , mereka mula beralih kepada rentak Rock & Roll, Pop Rock serta Heavy Rock . Tidak lupa juga kepada satu lagi kumpulan yang berjaya menempa nama di mulut para peminat muzik Rock iaitu XPDC . Mereka , yang ditubuhkan pada 1989 ini juga menampilkan lagu irama Rock Kapak pada Album pertama mereka , Darjah Satu (1990) , namun setelah era Rock Kapak semakin dilupakan , mereka beralih kepada irama Heavy Metal serta Pop Rock . Kumpulan Search juga turut terasa dengan peralihan era yang menggesa mereka untuk mengubah genre mereka , daripada 100 % rock kapak kepada Alternatif Rock , Pop Rock serta Heavy Rock , terutama di dalam album Gema Di Timur Jauh (1995) . Turut tak dilupakan , zaman ini juga menyaksikan irama Slow Rock , Ballad & Muzik Pop mula memunculkan diri dengan Kumpulan Uk's , Slam , KRU , Def Gab C dan banyak lagi kumpulan , yang mana lagu mereka masih lagi menjadi siulan remaja masakini . 

Memasuki Alaf baru , 2000-an menyaksikan kebanyakkan kumpulan yang aktif pada era sebelumnya mula menemui Zaman kemerosotan , serta pembubaran Uk's juga mnyaksikan hilangnya satu permata dalam industri Muzik Negara . Dengan lambakan penyanyi baharu , terutamanya penyanyi wanita telah menyaksikan mereka mula mendominasi industri Muzik Malaysia sehingga kini . Peranan penyanyi Wanita juga kita tidak boleh nafikan , dengan Saloma , Junainah M. Amin , Uji Rashid , Anita Sarawak , Ramlah Ram , Ziana Zain , Dato' Siti Nurhaliza dan ramai lagi , adalah antara lambakan penyanyi wanita yang berjaya menempa nama yang gah di dalam Arena Muzik Malaysia . 

Namun , pada asasnya , bukanlah ini yang saya ingin bincangkan . Sepertimana tajuk yang saya upkan itu , banyak sebenarnya perbezaan di antara , saya ambil contoh lagu-2 Rock era 80-90 an dengan lagu masakini . Ini antara point yang saya dapat :

  • Jika anda perasan , lagu masakini boleh dikatakan totally dikuasai oleh Lagu Cinta . Lagu cinta yang dimaksudkan itu adalah , lagu-lagu tersebut adalah 100% pengabdian cinta mereka kepada manusia , tidak kira Penyanyi Lelaki atau Perempuan . Sedangkan mostly Lagu Rock era 80-90'an adalah terdiri dari lagu-lagu yang berbentuk ketuhanan , saya ambil contoh Lagu XPDC - Titian Perjalanan dari Album Kita Pengyu (1994) , lagu ini adalah menjurus tentang perjalanan hidup manusia di dunia hingga ke alam akhirat , di mana lirik ini " perjalanan di titian , masa kita perlukan , perjalanan masa kita " adalah gambaran mengenai apabila manusia melalui Titian Sirat di akhirat kelak . Ini baru satu contoh , nak ikutkan banyak lagi . Korang bolehlah search di Google or Youtube ehh ? 
  • Lagu masakini terlalu 'over' ataupun 'syok sendiri' ? Adakalanya ianya betul . Taknak sebut mana-mana lagu , but certain lagu ianya seolah-olah terlalu memuja seseorang atau fanatik terhadap sesuatu peristiwa , perkara atau kebendaan , yang menampakkan ianya terlalu desperate . Bukan hendak menyebelahi lagu-lagu Rock , tetapi apa yang membuatkan Lagu Rock ini lebih digemari kerana ianya mempunyai moraliti yang tinggi , dimana tiada langsung nampak impresi 'desperate' atau terlalu 'over' dalam lirik lagu mereka .
  • Lagu sekarang banyak yang liriknya ' merapu ' ? Ya ada , tapi pun taknak sebut apa-apa lagu , tapi jika diikutkan , lagu Rock juga ada yang merapu . Tetapi di sini , istilah ' merapu ' bagi lirik lagu masakini adalah memang benar-benar merapu dan hanyalah sekadar hiburan tanpa apa-apa makna , tetapi istilah ' merapu ' bagi lirik lagu Irama Rock adalah berlainan. Di dalam ' merapu ' tersebut , mereka letakkan nilai-nilai kemanusiaan serta corak hidup rakyat Marhaen dan turut boleh diambil pengajaran jika anda selidiki lirik mereka .  
Nak ikutkan , banyak lagi perbezaan dari segi kualiti atau kuantiti di antara Lagu Masakini dan Lagu Rock era 80-90'an , tetapi 3 point di atas cukup bagi menjelaskan tentang perbezaan yang agak besar bagi topik di atas . Tetapi kena ingat , ini hanyalah pendapat saya sahaja , tidak mewakili mana-mana pihak . 


                                                     
                                              Cover album XPDC Kita Pengyu ( 1994 ) 



                                           Cover album Search Gema Di Timur Jauh ( 1995 )

                    
                                         Kumpulan Wings di dalam album Teori Domino ( 1990 ) 


                                         Kumpulan XPD di dalam album Kita Pengyu ( 1994 ) 


                                        Kumpulan Search di dalam album Gema Di Timur Jauh ( 1995 )

No comments:

Post a Comment