Tarikh 15 Disember 2018 akan sekali lagi menjadi ingatan bagi seluruh warga Bolasepak Malaysia , apabila Malaysia sekali lagi gagal untuk meraih kejuaraan kedua AFF Suzuki apabila tewas 3-2 secara Agregat kepada Vietnam , sekaligus menjadi kejuaraan kedua Skuad Naga Emas selepas kali terakhir dan pertama kali memenanginya adalah pada 2008 selepas menewaskan tuan rumah bersama ketika itu , Thailand juga dengan agregat yang sama. Ini sekaligus mengulangi semula pencapaian 4 Tahun lalu dimana Malaysia tewas 4-3 secara agregat kepada Thailand sekaligus menghadiahkan kejuaraan ke-4 Thailand ketika itu.
Secara jujurnya , skuad Negara untuk kejohanan tahun ini , mungkin bukanlah antara yang terbaik pernah dibawa sepanjang penyertaan Malaysia di dalam kejohanan ini . Antara sebabnya adalah :
- Tiada nama-nama besar yang dipanggil untuk kejohanan kali ini . Antaranya Rizal Ghazali , LaVere Corbin Ong, Fadhli Shas , Matthew Davies ( cedera ) , Nazmi Faiz , Natxo Insa , Wan Zack Haikal , Norhakim Hassan , Baddrol Bakhtiar , Nor Azam Azih dan ramai lagi .
- Sebaliknya coach Tan Cheng Hoe memanggil pemain-pemain seperti Syamer Kutty Abba ( jarang bermain sebagai starter ) , Kenny Pallraj & Akram Mahinan ( prestasi yo-yo ) , Syazwan Andik Ishak & Irfan Zakaria ( prestasi kelab yang hampir jatuh liga ) , Norshahrul @ Matyo ( aksi kurang memberansangkan bersama kelab untuk 2018 ) , Syahmi Safari , Syazwan Zainon, Zaquan Adha & Syafiq Ahmad ( ramai berpendapat bahawa ada pemain yang lebih baik dari mereka )
Tetapi , jika dilihat dari sisi cerah , ini merupakan pertama kalinya dalam sejarah Bolasepak Malaysia , di mana Malaysia telah membawa bersama pemain Naturalisasi pertama Malaysia iaitu Mohammadou Sumareh. Jika dinilai dari aksi beliau sepanjang kejohanan ini berlangsung , beliau dilihat agak kurang menyumbang dari segi serangan , mungkin disebabkan tidak ada chemistry yang kuat antara beliau dengan pemain lain , ataupun memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri dengan suasana beraksi di Skuad kebangsaan. Namun , secara asasnya , beliau tidaklah terlalu ' Batu atau Tunggul ' apabila beraksi di sayap Kanan selain berjaya beberapa kali memecahkan benteng pasukan lawan. Selain itu , Malaysia juga telah membawa bersama Penyerang yang pada musim 2018 dipinjamkan ke kelab Thailand ( Nakhon Ratchasima FC ) iaitu Shahrel Fikri . Beliau juga sepanjang kejohanan dilihat gagal untuk memberikan impak yang besar kepada barisan serangan Malaysia , yang mana TCH sering meletakkan beliau di bangku simpanan , dan hanya dimasukkan setakat perlawanan peringkat kumpulan sahaja.
Sepanjang kejohanan ini berlansung juga menyaksikan pasukan Malaysia menjaringkan 11 Gol dan dibolosi sebanyak 8 Gol , yang mana barisan serangan Malaysia menjaringkan 6 gol ( Zaquan 3 Gol , Mat Yo 5 Gol , Safawi Rasid 1 Gol ) , dan rekod ini masih menunjukkan bahawa Pasukan Malaysia masih tidak klinikal di Bahagian depan gol . Selebihnya dijaringkan oleh barisan pertahanan ( Syahmi 1 Gol , Shahrul Saad 1 Gol ) . Bagi barisan pertahanan , prestasi AFF Suzuki kali ini bolehlah diberikan pujian walaupun mereka sering melepaskan jaringan yang tidak sepatutnya dibolosi ( Gol pertama Thailand 2nd leg & Gol pertama Vietnam Final 1st Leg , yang mana kedua-dua gol ini dibolosi hasil kelam kabut di dalam kawasan Gol ) . Secara keseluruhan , Malaysia dibolosi 6 Gol melalui open play , dan selebihnya melalui set pieces ( Gol pertama Laos di perlawanan Kedua , dan gol Pansa Hemviboon iaitu Gol kedua Thailand di 2nd leg semi-final ).
Jika dilihat , Pasukan negara kali ini berjaya menampilkan gaya permainan yang lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan aksi-aksi skuad negara terdahulu . Konsep tiki-taka berjaya diaplikasikan di dalam skuad negara , sekaligus berjaya membawa Malaysia sehingga ke pentas akhir. Namun , ada beberapa perkara yang perlu dibaiki oleh skuad Negara di dalam masa yang terdekat ini , antaranya :
- Pressing , dimana barisan serangan Malaysia adakala terlalu play-safe untuk menyerang posisi pertahanan Lawan sehingga membenarkan lawan memasuki kawasan third-half negara . Lihat seperti Thailand & Vietnam , dimana barisan serangan mereka sentiasa cuba untuk membuat pressing ke atas pertahanan lawan , menutup ruang untuk membuat hantaran jauh dan memaksa mereka melakukan kesilapan.
- Teknik. Pemain-pemain tempatan , secara amnya harus meningkatkan lagi teknik serta kawalan bola serta gelecekan supaya bola tidak cepat jatuh ke kaki lawan. Sebagai contoh , kegagalan Safawi mengawal bola dengan kemas ketika Malaysia seri 2-2 dengan Vietnam tempoh hari telah menyebabkan Vietnam membuat counter attack sekaligus menhadiahkan gol pertama Vietnam di perlawanan tersebut ( PS : Saya tidak menyalahkan beliau secara 100% di atas gol tersebut , cuma jika beliau mengawal bola @ membuat hantaran kepada rakan , gol tersebut tidak akan terjadi. )
- Rembatan jarak jauh. Kita perhatikan bahawa Malaysia hanya menjaringkan 1 ' screamer ' iaitu Gol Syahmi Safawi Vs Thailand Semi Final 2nd leg & Safawi melalui free kick Vs Vietnam final 1st leg. Midfielder-midfielder Malaysia untuk kejohanan kali ini tidak mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol dari jarak jauh dan ini menyebabkan kemampuan untuk menjaringkan gol itu menjadi terhad.
- Fokus , ini merupakan antara perkara yang perlu ditegaskan setiap kali latihan. Malaysia , terutamanya barisan pertahanan dilihat sering hilang fokus setiap kali diserang oleh barisan serangan yang agak lincah seperti Vietnam , dan ini merupakan perkara yang perlu diambil berat oleh TCH untuk perlawanan yang akan datang.
- Mentaliti . Mentaliti semua pihak terutamanya TCH sendiri , yang mana sering memasukkan key player seperti Akhyar Rashid , terlalu lambat. Apabila Akhyar dimasukkan hanya dalam minit 70 dan keatas , dilihat hanya beliau seorang sahaja yang ' beria-ria ' membawa bola bersendirian tatkala rakan-rakan yang lain sudah kepenatan.
Sebagai kesimpulan , kejohanan kali ini telah membuktikan bahawa skuad gabungan Senior dan Junior sekali lagi berjaya membawa Malaysia ke pentas final , setelah medium yang sama juga digunakan sewaktu AFF Suzuki 2014. Ingat , ini bukanlah penutup masa depan kita . Anggaplah ini permulaan bagi skuad kebangsaan untuk mengorak langkah demi langkah seterusnya menaikkan lagi ranking skuad Kebangsaan yang kini berada di 160 kebawah. Alangkah ruginya kerana prestasi sebegini tidak dimulakan sejak 1-2 tahun kebelakangan ini . Akhir kata , ingatlah pesanan ini " Every cloud has a Silver Lining "
No comments:
Post a Comment