Pengikut

Saturday, December 29, 2018

Misi Ke Piala Asia 2023 : Tercapaikah ?

Pejam celik pejam celik , lagi beberapa hari akan bermulanya kejohanan berprestij bolasepak bagi seluruh negara-negara di Asia , iaitu saingan Piala Asia 2019. Kejohanan yang mengumpulkan 24 pasukan terbaik Asia ini , yang mana mereka dipilih untuk ke saingan ini melalui saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelayakan Piala Asia Pusingan Kedua dan Ketiga 2018. Jika dilihat secara keseluruhan , Asia Tenggara mempunyai 3 wakil ke kejohanan ini iaitu Thailand , Vietnam & Filipina. Thailand diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama UAE , India & Bahrain. Vietnam pula diundi di dalam Kumpulan D bersama-sama Iran,Iraq serta Yaman , dan Filipina pula diundi bersama-sama Korea Selatan, China & Kyrgystan di dalam Kumpulan C. 

Secara kasarnya , peluang untuk ketiga-tiga wakil Asia Tenggara untuk layak ke Peringkat seterusnya agak sukar. Thailand akan kembali menentang UAE , yang mana mereka tewas 2 kali ketika bertemu mereka di peringkat kelayakan , selain kebangkitan bersejarah India yang kini menduduki ranking ke-97 dunia serta kemampuan Bahrain yang tidak boleh diperkecilkan. Vietnam pula akan berhadapan dengan dua negara berjiran iaitu Iran & Iraq , yang mana persembahan Iran di Piala Dunia tempoh hari sahaja mungkin sudah cukup untuk membuatkan Vietnam ' gerun ' untuk berhadapan dengan mereka , selain Iraq yang juga membariskan barisan terkuat mereka kalini. Tetapi mungkin mereka mempunyai peluang untuk meraih kemenangan menentang Yaman . Skuad ' Pinoy ' pula pastinya mahu mengelakkan mereka dijadikan pasukan ' Belasahan ' apabila mereka akan berdepan 2 Gergasi Asia Timur , yakni Korea Selatan & China , dan mungkin ada peluang untuk mereka bangkit ketika menentang Kyrgystan. 

Tutup cerita mengenai Piala Asia 2019. Kita membuka cerita mengenai Kemungkinan untuk Skuad Malaysia menyertai kejohanan berprestij 4 Tahun sekali itu . Secara terbuka , saya menyatakan bahawa Malaysia mampu untuk menyertai kejohanan tersebut , jika dilihat dari prestasi ketika Piala AFF Suzuki baru-baru ini . Namun secara total , prestasi Malaysia tidak boleh dinilai menerusi kejohanan tersebut kerana Malaysia membawa barisan pemain yang agak ' caca merba ' ( boleh baca semula di artikel sebelum ini ) serta tidak disertai oleh beberapa pemain yang on-form. Tetapi , jika persembahan sebegini berjaya dikekalkan , ditambah pula dengan memanggil pemain-pemain yang benar-benar layak , impian ini akan mampu direalisasikan.

Kita harus mengambil contoh , pasukan Kebangsaan India. Jika dibuka cerita lalu , mereka juga lebih kurang seperti kita , berada di ranking ke-160 kebawah . Tetapi tidak sampai 10 Tahun , kini mereka sudah berada di kelompok ranking ke 100 dan keatas. Kerana apa ? Pembangunan liga yang konsisten , mencungkil bakat-bakat muda , taktikal yang berkesan selain memanggil pemain-pemain yang on-form untuk apa-apa kejohanan ataupun ' Friendly ' . Jika India boleh berbuat demikian , kenapa Malaysia tidak mampu ? Jika dibandingkan dari segi teknologi , infrastruktur serta suasana liga , tidak salah untuk mengatakan Malaysia lebih baik berbanding mereka. Jadi nak tunggu sampai bila ?

Ya , kita ada sepertimana yang mereka ada , tetapi adakah ianya diaplikasikan kedalam industri Bolasepak negara ? Implementationnya juga masih kurang. Jadi , jika ingin mencipta sejarah , haruslah bermula dari sekarang. 



Line up ini adalah Line up bayangan saya untuk 2019-2021(2022) . Jika ada apa-apa penambahan , ianya terpulang kepada diri anda sendiri. 

Monday, December 17, 2018

Asian Champions League 2019 : Mampukah Wakil Malaysia?

Setelah tamatnya AFF Suzuki Cup baru-baru ini , peminat bolasepak tempatan pastinya tidak sabar lagi untuk kembali memberi sokongan kepada pasukan kelab masing-masing , setelah lebih sebulan memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan . Pembelian pemain tempatan baru , pemain import baru serta jurulatih baru pastinya akan menghangatkan lagi suasana bolasepak tempatan , malah tidak mustahil juga akan ada kontroversi-kontroversi mengenai kelab mahupun pemain. 
Jika berbicara mengenai bolasepak tempatan , kita juga tidak boleh terlepas untuk membicarakan mengenai kejohanan atau pertandingan yang akan disertai oleh kelab-kelab kegemaran penyokong. Pertamanya mengenai Piala Sultan Ahmad Shah ataupun Piala Sumbangsih , yang mana ianya mengambil tempat pada awal Febuari nanti , yang mana melibatkan 2 pasukan terhandal 2018 , iaitu Johor Darul Ta'zim ( Juara Liga Super 2018 ) menentang Juara Piala Malaysia 2018 , Perak The Bos Gaurus. Perlawanan ini pastinya akan menjadi salah satu perlawanan yang dinantikan bukan sahaja bagi kedua-dua penyokong pasukan tersebut , malahan kesemua penyokong bolasepak tanah air , amnya. 

Apabila berbicara mengenai Pasukan JDT serta Perak ini , ianya bukan sahaja melibatkan barisan pemain import & tempatan , tetapi juga melibatkan penyertaan mereka di dalam Kejohanan Bolasepak tertinggi seantero asia , iaitu Kejohanan Bolasepak Liga Juara-Juara Asia ( ACL ). Sebagai selingan , kejohanan ini asalnya diberi nama Asian Club Championship , yang mana wakil Malaysia ketika itu , Selangor berjaya melayakkan diri ke final pada edisi pertamanya iaitu pada 1967. Pada 2003 , kejohanan ini telah diberi nama baru , iaitu Asian Champions League , dan nama ini kekal sehingga ke hari ini. Setelah berpuluh tahun lamanya , akhirnya Malaysia berjaya membawa wakil ke kejohanan ini , iaitu Johor Darul Ta'zim , setelah 3 Tahun sebelum ini , wakil Malaysia hanya memulakan saingan di peringkat kelayakan sahaja , dan kali ini , wakil Malaysia berjaya melayakkan diri automatik ke saingan Peringkat Kumpulan . 

Untuk saingan musim 2019 , JDT telah diletakkan di Kumpulan E bersama-sama Gyeongnam FC ( Korea Selatan ) dan 2 lagi kelab akan ditentukan menerusi perlawanan Play-off . Harus diingat , saingan ACL tidak sama dengan saingan AFC Cup , yang mana JDT akan berhadapan dengan jaguh-jaguh asia , dan bukan lagi jaguh asia tenggara. 



JDT diletakkan di Kumpulan E. 


Lagi 2 pasukan yang akan bersama JDT akan ditentukan di peringkat ketiga Play-off , dan jika tiada masalah , slot tersebut akan diisi Shandong Luneng ( China ) & Kashima Antlers ( Jepun ) . Tidak untuk merendahkan JDT , tetapi berkemungkinan JDT akan berdepan laluan sukar , berikutan Shandong Luneng mempunyai barisan Pemain Import yang berprofil tinggi seperti Graziano Pelle ( Penyerang Skuad Itali EURO 2016 ) serta Diego Tardelli & Gil ( Pemain Skuad Brazil , pernah dicall up beberapa kali ) , dan juga Kashima Antlers yang merangkap Juara ACL musim 2018 . 

Namun , bukan JDT sahaja yang akan beraksi di sini. Lawan mereka di perlawanan Sumbangsih nanti , Perak juga akan bersaing di sini , namun hanya di peringkat kelayakan terdahulu. Mereka akan memulakan saingan kalah mati untuk layak ke Peringkat Kumpulan ACL menentang Kitchee FC di Ipoh , dan jika menang , akan menentang Kelab Korea , Ulsan Hyundai di Korea. 


                                   Perak akan menetang Kitchee FC pada 12 Febuari


Jika menang , Perak akan ke Korea untuk bertemu Ulsan Hyundai seminggu kemudian

Perak akan diletakkan di Kumpulan H jika keajaiban bersama mereka.



Untuk menjadikan saingan lebih menarik , seandainya Perak berjaya melakukan keajaiban , Perak akan diletakkan di Kumpulan H bersama-sama Sydney FC ( Australia ) , Kawasaki Frontale ( Jepun ) & Shanghai SIPG ( China ) . Ini mungkin antara perkara yang agak gila kerana ramai mengakui kemampuan Shanghai SIPG yang dibarisi Import-import berkelas dunia seperti Hulk ( Bekas pemain Porto , Zenit St. Petersburg dan Brazil ) serta Oscar ( Bekas Pemain Chelsea ).

Jadi , mampukah JDT melepasi peringkat kumpulan atau tidak ? Bagi Perak , mampukah mereka mara sehingga ke peringkat kumpulan dan menemani JDT di saingan tertinggi Asia ? Sama-sama kita tunggu. 

Sunday, December 16, 2018

AFF Suzuki Cup 2018 : Permulaan ' Malaysia Baru ' ?

Tarikh 15 Disember 2018 akan sekali lagi menjadi ingatan bagi seluruh warga Bolasepak Malaysia , apabila Malaysia sekali lagi gagal untuk meraih kejuaraan kedua AFF Suzuki apabila tewas 3-2 secara Agregat kepada Vietnam , sekaligus menjadi kejuaraan kedua Skuad Naga Emas selepas kali terakhir dan pertama kali memenanginya adalah pada 2008 selepas menewaskan tuan rumah bersama ketika itu , Thailand juga dengan agregat yang sama. Ini sekaligus mengulangi semula pencapaian 4 Tahun lalu dimana Malaysia tewas 4-3 secara agregat kepada Thailand sekaligus menghadiahkan kejuaraan ke-4 Thailand ketika itu. 

Secara jujurnya , skuad Negara untuk kejohanan tahun ini , mungkin bukanlah antara yang terbaik pernah dibawa sepanjang penyertaan Malaysia di dalam kejohanan ini . Antara sebabnya adalah :

  • Tiada nama-nama besar yang dipanggil untuk kejohanan kali ini . Antaranya Rizal Ghazali , LaVere Corbin Ong, Fadhli Shas , Matthew Davies ( cedera ) , Nazmi Faiz , Natxo Insa , Wan Zack Haikal , Norhakim Hassan , Baddrol Bakhtiar , Nor Azam Azih dan ramai lagi . 
  • Sebaliknya coach Tan Cheng Hoe memanggil pemain-pemain seperti Syamer Kutty Abba ( jarang bermain sebagai starter ) , Kenny Pallraj & Akram Mahinan ( prestasi yo-yo ) , Syazwan Andik Ishak & Irfan Zakaria ( prestasi kelab yang hampir jatuh liga ) , Norshahrul @ Matyo ( aksi kurang memberansangkan bersama kelab untuk 2018 ) , Syahmi Safari , Syazwan Zainon, Zaquan Adha & Syafiq Ahmad ( ramai berpendapat bahawa ada pemain yang lebih baik dari mereka ) 
Tetapi , jika dilihat dari sisi cerah , ini merupakan pertama kalinya dalam sejarah Bolasepak Malaysia , di mana Malaysia telah membawa bersama pemain Naturalisasi pertama Malaysia iaitu Mohammadou Sumareh. Jika dinilai dari aksi beliau sepanjang kejohanan ini berlangsung , beliau dilihat agak kurang menyumbang dari segi serangan , mungkin disebabkan tidak ada chemistry yang kuat antara beliau dengan pemain lain , ataupun memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri dengan suasana beraksi di Skuad kebangsaan. Namun , secara asasnya , beliau tidaklah terlalu ' Batu atau Tunggul ' apabila beraksi di sayap Kanan selain berjaya beberapa kali memecahkan benteng pasukan lawan. Selain itu , Malaysia juga telah membawa bersama Penyerang yang pada musim 2018 dipinjamkan ke kelab Thailand ( Nakhon Ratchasima FC ) iaitu Shahrel Fikri . Beliau juga sepanjang kejohanan dilihat gagal untuk memberikan impak yang besar kepada barisan serangan Malaysia , yang mana TCH sering meletakkan beliau di bangku simpanan , dan hanya dimasukkan setakat perlawanan peringkat kumpulan sahaja. 

Sepanjang kejohanan ini berlansung juga menyaksikan pasukan Malaysia menjaringkan 11 Gol dan dibolosi sebanyak 8 Gol , yang mana barisan serangan Malaysia menjaringkan 6 gol ( Zaquan 3 Gol , Mat Yo 5 Gol , Safawi Rasid 1 Gol ) , dan rekod ini masih menunjukkan bahawa Pasukan Malaysia masih tidak klinikal di Bahagian depan gol . Selebihnya dijaringkan oleh barisan pertahanan ( Syahmi 1 Gol , Shahrul Saad 1 Gol ) . Bagi barisan pertahanan , prestasi AFF Suzuki kali ini bolehlah diberikan pujian walaupun mereka sering melepaskan jaringan yang tidak sepatutnya dibolosi ( Gol pertama Thailand 2nd leg & Gol pertama Vietnam Final 1st Leg , yang mana kedua-dua gol ini dibolosi hasil kelam kabut di dalam kawasan Gol ) . Secara keseluruhan , Malaysia dibolosi 6 Gol melalui open play , dan selebihnya melalui set pieces ( Gol pertama Laos di perlawanan Kedua , dan gol Pansa Hemviboon iaitu Gol kedua Thailand di 2nd leg semi-final ). 

Jika dilihat , Pasukan negara kali ini berjaya menampilkan gaya permainan yang lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan aksi-aksi skuad negara terdahulu . Konsep tiki-taka berjaya diaplikasikan di dalam skuad negara , sekaligus berjaya membawa Malaysia sehingga ke pentas akhir. Namun , ada beberapa perkara yang perlu dibaiki oleh skuad Negara di dalam masa yang terdekat ini , antaranya : 
  • Pressing , dimana barisan serangan Malaysia adakala terlalu play-safe untuk menyerang posisi pertahanan Lawan sehingga membenarkan lawan memasuki kawasan third-half negara . Lihat seperti Thailand & Vietnam , dimana barisan serangan mereka sentiasa cuba untuk membuat pressing ke atas pertahanan lawan , menutup ruang untuk membuat hantaran jauh  dan memaksa mereka melakukan kesilapan.
  • Teknik. Pemain-pemain tempatan , secara amnya harus meningkatkan lagi teknik serta kawalan bola serta gelecekan supaya bola tidak cepat jatuh ke kaki lawan. Sebagai contoh , kegagalan Safawi mengawal bola dengan kemas ketika Malaysia seri 2-2 dengan Vietnam tempoh hari telah menyebabkan Vietnam membuat counter attack sekaligus menhadiahkan gol pertama Vietnam di perlawanan tersebut ( PS : Saya tidak menyalahkan beliau secara 100% di atas gol tersebut , cuma jika beliau mengawal bola @ membuat hantaran kepada rakan , gol tersebut tidak akan terjadi. ) 
  • Rembatan jarak jauh. Kita perhatikan bahawa Malaysia hanya menjaringkan 1 ' screamer ' iaitu Gol Syahmi Safawi Vs Thailand Semi Final 2nd leg & Safawi melalui free kick Vs Vietnam final 1st leg. Midfielder-midfielder Malaysia untuk kejohanan kali ini tidak mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol dari jarak jauh dan ini menyebabkan kemampuan untuk menjaringkan gol itu menjadi terhad. 
  • Fokus , ini merupakan antara perkara yang perlu ditegaskan setiap kali latihan. Malaysia , terutamanya barisan pertahanan dilihat sering hilang fokus setiap kali diserang oleh barisan serangan yang agak lincah seperti Vietnam , dan ini merupakan perkara yang perlu diambil berat oleh TCH untuk perlawanan yang akan datang.
  • Mentaliti . Mentaliti semua pihak terutamanya TCH sendiri , yang mana sering memasukkan key player seperti Akhyar Rashid , terlalu lambat. Apabila Akhyar dimasukkan hanya dalam minit 70 dan keatas , dilihat hanya beliau seorang sahaja yang ' beria-ria ' membawa bola bersendirian tatkala rakan-rakan yang lain sudah kepenatan. 
Sebagai kesimpulan , kejohanan kali ini telah membuktikan bahawa skuad gabungan Senior dan Junior sekali lagi berjaya membawa Malaysia ke pentas final , setelah medium yang sama juga digunakan sewaktu AFF Suzuki 2014. Ingat , ini bukanlah penutup masa depan kita . Anggaplah ini permulaan bagi skuad kebangsaan untuk mengorak langkah demi langkah seterusnya menaikkan lagi ranking skuad Kebangsaan yang kini berada di 160 kebawah. Alangkah ruginya kerana prestasi sebegini tidak dimulakan sejak 1-2 tahun kebelakangan ini . Akhir kata , ingatlah pesanan ini " Every cloud has a Silver Lining "