Pengikut

Saturday, December 29, 2018

Misi Ke Piala Asia 2023 : Tercapaikah ?

Pejam celik pejam celik , lagi beberapa hari akan bermulanya kejohanan berprestij bolasepak bagi seluruh negara-negara di Asia , iaitu saingan Piala Asia 2019. Kejohanan yang mengumpulkan 24 pasukan terbaik Asia ini , yang mana mereka dipilih untuk ke saingan ini melalui saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelayakan Piala Asia Pusingan Kedua dan Ketiga 2018. Jika dilihat secara keseluruhan , Asia Tenggara mempunyai 3 wakil ke kejohanan ini iaitu Thailand , Vietnam & Filipina. Thailand diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama UAE , India & Bahrain. Vietnam pula diundi di dalam Kumpulan D bersama-sama Iran,Iraq serta Yaman , dan Filipina pula diundi bersama-sama Korea Selatan, China & Kyrgystan di dalam Kumpulan C. 

Secara kasarnya , peluang untuk ketiga-tiga wakil Asia Tenggara untuk layak ke Peringkat seterusnya agak sukar. Thailand akan kembali menentang UAE , yang mana mereka tewas 2 kali ketika bertemu mereka di peringkat kelayakan , selain kebangkitan bersejarah India yang kini menduduki ranking ke-97 dunia serta kemampuan Bahrain yang tidak boleh diperkecilkan. Vietnam pula akan berhadapan dengan dua negara berjiran iaitu Iran & Iraq , yang mana persembahan Iran di Piala Dunia tempoh hari sahaja mungkin sudah cukup untuk membuatkan Vietnam ' gerun ' untuk berhadapan dengan mereka , selain Iraq yang juga membariskan barisan terkuat mereka kalini. Tetapi mungkin mereka mempunyai peluang untuk meraih kemenangan menentang Yaman . Skuad ' Pinoy ' pula pastinya mahu mengelakkan mereka dijadikan pasukan ' Belasahan ' apabila mereka akan berdepan 2 Gergasi Asia Timur , yakni Korea Selatan & China , dan mungkin ada peluang untuk mereka bangkit ketika menentang Kyrgystan. 

Tutup cerita mengenai Piala Asia 2019. Kita membuka cerita mengenai Kemungkinan untuk Skuad Malaysia menyertai kejohanan berprestij 4 Tahun sekali itu . Secara terbuka , saya menyatakan bahawa Malaysia mampu untuk menyertai kejohanan tersebut , jika dilihat dari prestasi ketika Piala AFF Suzuki baru-baru ini . Namun secara total , prestasi Malaysia tidak boleh dinilai menerusi kejohanan tersebut kerana Malaysia membawa barisan pemain yang agak ' caca merba ' ( boleh baca semula di artikel sebelum ini ) serta tidak disertai oleh beberapa pemain yang on-form. Tetapi , jika persembahan sebegini berjaya dikekalkan , ditambah pula dengan memanggil pemain-pemain yang benar-benar layak , impian ini akan mampu direalisasikan.

Kita harus mengambil contoh , pasukan Kebangsaan India. Jika dibuka cerita lalu , mereka juga lebih kurang seperti kita , berada di ranking ke-160 kebawah . Tetapi tidak sampai 10 Tahun , kini mereka sudah berada di kelompok ranking ke 100 dan keatas. Kerana apa ? Pembangunan liga yang konsisten , mencungkil bakat-bakat muda , taktikal yang berkesan selain memanggil pemain-pemain yang on-form untuk apa-apa kejohanan ataupun ' Friendly ' . Jika India boleh berbuat demikian , kenapa Malaysia tidak mampu ? Jika dibandingkan dari segi teknologi , infrastruktur serta suasana liga , tidak salah untuk mengatakan Malaysia lebih baik berbanding mereka. Jadi nak tunggu sampai bila ?

Ya , kita ada sepertimana yang mereka ada , tetapi adakah ianya diaplikasikan kedalam industri Bolasepak negara ? Implementationnya juga masih kurang. Jadi , jika ingin mencipta sejarah , haruslah bermula dari sekarang. 



Line up ini adalah Line up bayangan saya untuk 2019-2021(2022) . Jika ada apa-apa penambahan , ianya terpulang kepada diri anda sendiri. 

Monday, December 17, 2018

Asian Champions League 2019 : Mampukah Wakil Malaysia?

Setelah tamatnya AFF Suzuki Cup baru-baru ini , peminat bolasepak tempatan pastinya tidak sabar lagi untuk kembali memberi sokongan kepada pasukan kelab masing-masing , setelah lebih sebulan memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan . Pembelian pemain tempatan baru , pemain import baru serta jurulatih baru pastinya akan menghangatkan lagi suasana bolasepak tempatan , malah tidak mustahil juga akan ada kontroversi-kontroversi mengenai kelab mahupun pemain. 
Jika berbicara mengenai bolasepak tempatan , kita juga tidak boleh terlepas untuk membicarakan mengenai kejohanan atau pertandingan yang akan disertai oleh kelab-kelab kegemaran penyokong. Pertamanya mengenai Piala Sultan Ahmad Shah ataupun Piala Sumbangsih , yang mana ianya mengambil tempat pada awal Febuari nanti , yang mana melibatkan 2 pasukan terhandal 2018 , iaitu Johor Darul Ta'zim ( Juara Liga Super 2018 ) menentang Juara Piala Malaysia 2018 , Perak The Bos Gaurus. Perlawanan ini pastinya akan menjadi salah satu perlawanan yang dinantikan bukan sahaja bagi kedua-dua penyokong pasukan tersebut , malahan kesemua penyokong bolasepak tanah air , amnya. 

Apabila berbicara mengenai Pasukan JDT serta Perak ini , ianya bukan sahaja melibatkan barisan pemain import & tempatan , tetapi juga melibatkan penyertaan mereka di dalam Kejohanan Bolasepak tertinggi seantero asia , iaitu Kejohanan Bolasepak Liga Juara-Juara Asia ( ACL ). Sebagai selingan , kejohanan ini asalnya diberi nama Asian Club Championship , yang mana wakil Malaysia ketika itu , Selangor berjaya melayakkan diri ke final pada edisi pertamanya iaitu pada 1967. Pada 2003 , kejohanan ini telah diberi nama baru , iaitu Asian Champions League , dan nama ini kekal sehingga ke hari ini. Setelah berpuluh tahun lamanya , akhirnya Malaysia berjaya membawa wakil ke kejohanan ini , iaitu Johor Darul Ta'zim , setelah 3 Tahun sebelum ini , wakil Malaysia hanya memulakan saingan di peringkat kelayakan sahaja , dan kali ini , wakil Malaysia berjaya melayakkan diri automatik ke saingan Peringkat Kumpulan . 

Untuk saingan musim 2019 , JDT telah diletakkan di Kumpulan E bersama-sama Gyeongnam FC ( Korea Selatan ) dan 2 lagi kelab akan ditentukan menerusi perlawanan Play-off . Harus diingat , saingan ACL tidak sama dengan saingan AFC Cup , yang mana JDT akan berhadapan dengan jaguh-jaguh asia , dan bukan lagi jaguh asia tenggara. 



JDT diletakkan di Kumpulan E. 


Lagi 2 pasukan yang akan bersama JDT akan ditentukan di peringkat ketiga Play-off , dan jika tiada masalah , slot tersebut akan diisi Shandong Luneng ( China ) & Kashima Antlers ( Jepun ) . Tidak untuk merendahkan JDT , tetapi berkemungkinan JDT akan berdepan laluan sukar , berikutan Shandong Luneng mempunyai barisan Pemain Import yang berprofil tinggi seperti Graziano Pelle ( Penyerang Skuad Itali EURO 2016 ) serta Diego Tardelli & Gil ( Pemain Skuad Brazil , pernah dicall up beberapa kali ) , dan juga Kashima Antlers yang merangkap Juara ACL musim 2018 . 

Namun , bukan JDT sahaja yang akan beraksi di sini. Lawan mereka di perlawanan Sumbangsih nanti , Perak juga akan bersaing di sini , namun hanya di peringkat kelayakan terdahulu. Mereka akan memulakan saingan kalah mati untuk layak ke Peringkat Kumpulan ACL menentang Kitchee FC di Ipoh , dan jika menang , akan menentang Kelab Korea , Ulsan Hyundai di Korea. 


                                   Perak akan menetang Kitchee FC pada 12 Febuari


Jika menang , Perak akan ke Korea untuk bertemu Ulsan Hyundai seminggu kemudian

Perak akan diletakkan di Kumpulan H jika keajaiban bersama mereka.



Untuk menjadikan saingan lebih menarik , seandainya Perak berjaya melakukan keajaiban , Perak akan diletakkan di Kumpulan H bersama-sama Sydney FC ( Australia ) , Kawasaki Frontale ( Jepun ) & Shanghai SIPG ( China ) . Ini mungkin antara perkara yang agak gila kerana ramai mengakui kemampuan Shanghai SIPG yang dibarisi Import-import berkelas dunia seperti Hulk ( Bekas pemain Porto , Zenit St. Petersburg dan Brazil ) serta Oscar ( Bekas Pemain Chelsea ).

Jadi , mampukah JDT melepasi peringkat kumpulan atau tidak ? Bagi Perak , mampukah mereka mara sehingga ke peringkat kumpulan dan menemani JDT di saingan tertinggi Asia ? Sama-sama kita tunggu. 

Sunday, December 16, 2018

AFF Suzuki Cup 2018 : Permulaan ' Malaysia Baru ' ?

Tarikh 15 Disember 2018 akan sekali lagi menjadi ingatan bagi seluruh warga Bolasepak Malaysia , apabila Malaysia sekali lagi gagal untuk meraih kejuaraan kedua AFF Suzuki apabila tewas 3-2 secara Agregat kepada Vietnam , sekaligus menjadi kejuaraan kedua Skuad Naga Emas selepas kali terakhir dan pertama kali memenanginya adalah pada 2008 selepas menewaskan tuan rumah bersama ketika itu , Thailand juga dengan agregat yang sama. Ini sekaligus mengulangi semula pencapaian 4 Tahun lalu dimana Malaysia tewas 4-3 secara agregat kepada Thailand sekaligus menghadiahkan kejuaraan ke-4 Thailand ketika itu. 

Secara jujurnya , skuad Negara untuk kejohanan tahun ini , mungkin bukanlah antara yang terbaik pernah dibawa sepanjang penyertaan Malaysia di dalam kejohanan ini . Antara sebabnya adalah :

  • Tiada nama-nama besar yang dipanggil untuk kejohanan kali ini . Antaranya Rizal Ghazali , LaVere Corbin Ong, Fadhli Shas , Matthew Davies ( cedera ) , Nazmi Faiz , Natxo Insa , Wan Zack Haikal , Norhakim Hassan , Baddrol Bakhtiar , Nor Azam Azih dan ramai lagi . 
  • Sebaliknya coach Tan Cheng Hoe memanggil pemain-pemain seperti Syamer Kutty Abba ( jarang bermain sebagai starter ) , Kenny Pallraj & Akram Mahinan ( prestasi yo-yo ) , Syazwan Andik Ishak & Irfan Zakaria ( prestasi kelab yang hampir jatuh liga ) , Norshahrul @ Matyo ( aksi kurang memberansangkan bersama kelab untuk 2018 ) , Syahmi Safari , Syazwan Zainon, Zaquan Adha & Syafiq Ahmad ( ramai berpendapat bahawa ada pemain yang lebih baik dari mereka ) 
Tetapi , jika dilihat dari sisi cerah , ini merupakan pertama kalinya dalam sejarah Bolasepak Malaysia , di mana Malaysia telah membawa bersama pemain Naturalisasi pertama Malaysia iaitu Mohammadou Sumareh. Jika dinilai dari aksi beliau sepanjang kejohanan ini berlangsung , beliau dilihat agak kurang menyumbang dari segi serangan , mungkin disebabkan tidak ada chemistry yang kuat antara beliau dengan pemain lain , ataupun memerlukan masa yang panjang untuk menyesuaikan diri dengan suasana beraksi di Skuad kebangsaan. Namun , secara asasnya , beliau tidaklah terlalu ' Batu atau Tunggul ' apabila beraksi di sayap Kanan selain berjaya beberapa kali memecahkan benteng pasukan lawan. Selain itu , Malaysia juga telah membawa bersama Penyerang yang pada musim 2018 dipinjamkan ke kelab Thailand ( Nakhon Ratchasima FC ) iaitu Shahrel Fikri . Beliau juga sepanjang kejohanan dilihat gagal untuk memberikan impak yang besar kepada barisan serangan Malaysia , yang mana TCH sering meletakkan beliau di bangku simpanan , dan hanya dimasukkan setakat perlawanan peringkat kumpulan sahaja. 

Sepanjang kejohanan ini berlansung juga menyaksikan pasukan Malaysia menjaringkan 11 Gol dan dibolosi sebanyak 8 Gol , yang mana barisan serangan Malaysia menjaringkan 6 gol ( Zaquan 3 Gol , Mat Yo 5 Gol , Safawi Rasid 1 Gol ) , dan rekod ini masih menunjukkan bahawa Pasukan Malaysia masih tidak klinikal di Bahagian depan gol . Selebihnya dijaringkan oleh barisan pertahanan ( Syahmi 1 Gol , Shahrul Saad 1 Gol ) . Bagi barisan pertahanan , prestasi AFF Suzuki kali ini bolehlah diberikan pujian walaupun mereka sering melepaskan jaringan yang tidak sepatutnya dibolosi ( Gol pertama Thailand 2nd leg & Gol pertama Vietnam Final 1st Leg , yang mana kedua-dua gol ini dibolosi hasil kelam kabut di dalam kawasan Gol ) . Secara keseluruhan , Malaysia dibolosi 6 Gol melalui open play , dan selebihnya melalui set pieces ( Gol pertama Laos di perlawanan Kedua , dan gol Pansa Hemviboon iaitu Gol kedua Thailand di 2nd leg semi-final ). 

Jika dilihat , Pasukan negara kali ini berjaya menampilkan gaya permainan yang lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan aksi-aksi skuad negara terdahulu . Konsep tiki-taka berjaya diaplikasikan di dalam skuad negara , sekaligus berjaya membawa Malaysia sehingga ke pentas akhir. Namun , ada beberapa perkara yang perlu dibaiki oleh skuad Negara di dalam masa yang terdekat ini , antaranya : 
  • Pressing , dimana barisan serangan Malaysia adakala terlalu play-safe untuk menyerang posisi pertahanan Lawan sehingga membenarkan lawan memasuki kawasan third-half negara . Lihat seperti Thailand & Vietnam , dimana barisan serangan mereka sentiasa cuba untuk membuat pressing ke atas pertahanan lawan , menutup ruang untuk membuat hantaran jauh  dan memaksa mereka melakukan kesilapan.
  • Teknik. Pemain-pemain tempatan , secara amnya harus meningkatkan lagi teknik serta kawalan bola serta gelecekan supaya bola tidak cepat jatuh ke kaki lawan. Sebagai contoh , kegagalan Safawi mengawal bola dengan kemas ketika Malaysia seri 2-2 dengan Vietnam tempoh hari telah menyebabkan Vietnam membuat counter attack sekaligus menhadiahkan gol pertama Vietnam di perlawanan tersebut ( PS : Saya tidak menyalahkan beliau secara 100% di atas gol tersebut , cuma jika beliau mengawal bola @ membuat hantaran kepada rakan , gol tersebut tidak akan terjadi. ) 
  • Rembatan jarak jauh. Kita perhatikan bahawa Malaysia hanya menjaringkan 1 ' screamer ' iaitu Gol Syahmi Safawi Vs Thailand Semi Final 2nd leg & Safawi melalui free kick Vs Vietnam final 1st leg. Midfielder-midfielder Malaysia untuk kejohanan kali ini tidak mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol dari jarak jauh dan ini menyebabkan kemampuan untuk menjaringkan gol itu menjadi terhad. 
  • Fokus , ini merupakan antara perkara yang perlu ditegaskan setiap kali latihan. Malaysia , terutamanya barisan pertahanan dilihat sering hilang fokus setiap kali diserang oleh barisan serangan yang agak lincah seperti Vietnam , dan ini merupakan perkara yang perlu diambil berat oleh TCH untuk perlawanan yang akan datang.
  • Mentaliti . Mentaliti semua pihak terutamanya TCH sendiri , yang mana sering memasukkan key player seperti Akhyar Rashid , terlalu lambat. Apabila Akhyar dimasukkan hanya dalam minit 70 dan keatas , dilihat hanya beliau seorang sahaja yang ' beria-ria ' membawa bola bersendirian tatkala rakan-rakan yang lain sudah kepenatan. 
Sebagai kesimpulan , kejohanan kali ini telah membuktikan bahawa skuad gabungan Senior dan Junior sekali lagi berjaya membawa Malaysia ke pentas final , setelah medium yang sama juga digunakan sewaktu AFF Suzuki 2014. Ingat , ini bukanlah penutup masa depan kita . Anggaplah ini permulaan bagi skuad kebangsaan untuk mengorak langkah demi langkah seterusnya menaikkan lagi ranking skuad Kebangsaan yang kini berada di 160 kebawah. Alangkah ruginya kerana prestasi sebegini tidak dimulakan sejak 1-2 tahun kebelakangan ini . Akhir kata , ingatlah pesanan ini " Every cloud has a Silver Lining "






Sunday, August 12, 2018

Lagu Dahulu VS Lagu Sekarang .

As an human , music is an ordinary way on how to releasing your stress , wasting your time and sometimes , just wanna throwback into a certain times . Peredaran zaman telah menyaksikan terlalu banyak perubahan telah berlaku dalam industri Muzik , samada di dalam mahupun di luar negara . Jika 50-60'an , di Tanah Melayu ketika itu lebih popular dengan irama klasik , terutamanya dari Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee , kemudian muncul pula Irama Pop Yeh Yeh pada era 70'an yang menyaksikan ramai kugiran-kugiran mantap yang berjaya dihasilkan hasil dari perkembangan muzik pada ketika itu . Sedekat kemudian , mula menjelma Irama Rock & Roll menjengah Industri Muzik Malaysia pada awal 80-an , namun paling tidak dilupakan apabila pada dekat yang sama , genre Rock Kapak mula berkembang segar di Negara ini , sekaligus berjaya menampilkan beberapa Kumpulan Muzik gah seperti Kumpulan Search , BPR , Lefthanded dan pelbagai lagi . Keghairahan remaja zaman tersebut terhadap Muzik Rock Kapak menjurus kepada wujudnya beberapa pertandingan Muzik Rock serta beberapa konsert-konsert besar melibatkan kumpulan Rock Kapak ini . 

  Beralih kepada Era 90-an , yang mana Muzik Rock Kapak akhirnya menemui batu nisannya pada sekitar 1993 , dan era ini lebih menjurus kepada wujudnya kumpulan yang memainkan lebih dari 1 genre muzik ; seperti contoh Kumpulan Wings yang ditubuhkan pada 1987 pada asalnya turut memainkan Muzik Rock Kapak , namun setelah memasuki era 90-an , mereka mula beralih kepada rentak Rock & Roll, Pop Rock serta Heavy Rock . Tidak lupa juga kepada satu lagi kumpulan yang berjaya menempa nama di mulut para peminat muzik Rock iaitu XPDC . Mereka , yang ditubuhkan pada 1989 ini juga menampilkan lagu irama Rock Kapak pada Album pertama mereka , Darjah Satu (1990) , namun setelah era Rock Kapak semakin dilupakan , mereka beralih kepada irama Heavy Metal serta Pop Rock . Kumpulan Search juga turut terasa dengan peralihan era yang menggesa mereka untuk mengubah genre mereka , daripada 100 % rock kapak kepada Alternatif Rock , Pop Rock serta Heavy Rock , terutama di dalam album Gema Di Timur Jauh (1995) . Turut tak dilupakan , zaman ini juga menyaksikan irama Slow Rock , Ballad & Muzik Pop mula memunculkan diri dengan Kumpulan Uk's , Slam , KRU , Def Gab C dan banyak lagi kumpulan , yang mana lagu mereka masih lagi menjadi siulan remaja masakini . 

Memasuki Alaf baru , 2000-an menyaksikan kebanyakkan kumpulan yang aktif pada era sebelumnya mula menemui Zaman kemerosotan , serta pembubaran Uk's juga mnyaksikan hilangnya satu permata dalam industri Muzik Negara . Dengan lambakan penyanyi baharu , terutamanya penyanyi wanita telah menyaksikan mereka mula mendominasi industri Muzik Malaysia sehingga kini . Peranan penyanyi Wanita juga kita tidak boleh nafikan , dengan Saloma , Junainah M. Amin , Uji Rashid , Anita Sarawak , Ramlah Ram , Ziana Zain , Dato' Siti Nurhaliza dan ramai lagi , adalah antara lambakan penyanyi wanita yang berjaya menempa nama yang gah di dalam Arena Muzik Malaysia . 

Namun , pada asasnya , bukanlah ini yang saya ingin bincangkan . Sepertimana tajuk yang saya upkan itu , banyak sebenarnya perbezaan di antara , saya ambil contoh lagu-2 Rock era 80-90 an dengan lagu masakini . Ini antara point yang saya dapat :

  • Jika anda perasan , lagu masakini boleh dikatakan totally dikuasai oleh Lagu Cinta . Lagu cinta yang dimaksudkan itu adalah , lagu-lagu tersebut adalah 100% pengabdian cinta mereka kepada manusia , tidak kira Penyanyi Lelaki atau Perempuan . Sedangkan mostly Lagu Rock era 80-90'an adalah terdiri dari lagu-lagu yang berbentuk ketuhanan , saya ambil contoh Lagu XPDC - Titian Perjalanan dari Album Kita Pengyu (1994) , lagu ini adalah menjurus tentang perjalanan hidup manusia di dunia hingga ke alam akhirat , di mana lirik ini " perjalanan di titian , masa kita perlukan , perjalanan masa kita " adalah gambaran mengenai apabila manusia melalui Titian Sirat di akhirat kelak . Ini baru satu contoh , nak ikutkan banyak lagi . Korang bolehlah search di Google or Youtube ehh ? 
  • Lagu masakini terlalu 'over' ataupun 'syok sendiri' ? Adakalanya ianya betul . Taknak sebut mana-mana lagu , but certain lagu ianya seolah-olah terlalu memuja seseorang atau fanatik terhadap sesuatu peristiwa , perkara atau kebendaan , yang menampakkan ianya terlalu desperate . Bukan hendak menyebelahi lagu-lagu Rock , tetapi apa yang membuatkan Lagu Rock ini lebih digemari kerana ianya mempunyai moraliti yang tinggi , dimana tiada langsung nampak impresi 'desperate' atau terlalu 'over' dalam lirik lagu mereka .
  • Lagu sekarang banyak yang liriknya ' merapu ' ? Ya ada , tapi pun taknak sebut apa-apa lagu , tapi jika diikutkan , lagu Rock juga ada yang merapu . Tetapi di sini , istilah ' merapu ' bagi lirik lagu masakini adalah memang benar-benar merapu dan hanyalah sekadar hiburan tanpa apa-apa makna , tetapi istilah ' merapu ' bagi lirik lagu Irama Rock adalah berlainan. Di dalam ' merapu ' tersebut , mereka letakkan nilai-nilai kemanusiaan serta corak hidup rakyat Marhaen dan turut boleh diambil pengajaran jika anda selidiki lirik mereka .  
Nak ikutkan , banyak lagi perbezaan dari segi kualiti atau kuantiti di antara Lagu Masakini dan Lagu Rock era 80-90'an , tetapi 3 point di atas cukup bagi menjelaskan tentang perbezaan yang agak besar bagi topik di atas . Tetapi kena ingat , ini hanyalah pendapat saya sahaja , tidak mewakili mana-mana pihak . 


                                                     
                                              Cover album XPDC Kita Pengyu ( 1994 ) 



                                           Cover album Search Gema Di Timur Jauh ( 1995 )

                    
                                         Kumpulan Wings di dalam album Teori Domino ( 1990 ) 


                                         Kumpulan XPD di dalam album Kita Pengyu ( 1994 ) 


                                        Kumpulan Search di dalam album Gema Di Timur Jauh ( 1995 )

Tuesday, July 10, 2018

LGBT : Antara mereka dengan Allah SWT ?


Firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 80-84 :

“Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan ) . Oleh itu , lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan " .

Definisi LGBT 

L bermaksud Lesbian
G bermaksud gay
B bermaksud bisesual
T bermaksud transgender

Menurut Blanch Consulting, lesbian merujuk kaum perempuan yang tertarik (secara seksual atau romantiknya) terhadap perempuan yang lain. Gay pula merujuk kepada kaum lelaki yang tertarik (secara seksual atau romantiknya) terhadap lelaki yang lain. Sementara itu, biseksual merujuk kepada seseorang yang tertarik (secara seksual atau romantiknya) terhadap lelaki dan perempuan. Manakala, transgender pula merujuk kepada seseorang yang identiti jantina atau ekspresi jantinanya berlawanan atau bertentangan dengan norma tradisi serta ciri fizikal seksualnya .

Mengapa perlu tolak LGBT ? 

 Sebagai umat islam tentunya kita harus menjaga hukum-hukum Allah di muka bumi dan melaksanakan hukum keseimbangannya agar tidak terjadi keburukan dan kerosakan di muka bumi sebagaimana dalam sejarah Nabi Lut.

Inilah hujah-hujah yang menentang pengesahan LGBT.

1. Berjuang dengan sifat manusia

LGBT tentu saja menentang sifat manusia. Sifat manusia tidak boleh diubah apatah lagi digantikan oleh manusia. Fitrah adalah bawaah dan hadiah yang diberikan Tuhan. Sekiranya ia ditentang dan diubah oleh manusia, ia pasti akan melemahkan undang-undang keseimbangan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Sebagai contoh, jika ada seorang lelaki yang ingin mengubah dirinya menjadi seorang wanita. Sudah tentu ini akan merosakkan dirinya sendiri. Mula dari aspek fizikal, kelami, hormon, psikologi semuanya saling mempengaruhi sedangkan apa yang Allah ciptakan sangat kompleks dan tidak mungkin manusia rubah sendiri satu persatu.

Oleh itu, sebagai seorang manusia haruslah menyedari identitinya sebagai apa dan menjaga sifat kekal dalam manusia. Semua keseimbangan dalam manusia dan masyarakat bermula dengan manusia yang menyedari sifat dan identiti beliau.

2 . Hubungan LBGT masih wujud yang Menjadi Lelaki dan Perempuan

Kita boleh mengkaji bahawa hubungan LGBT yang seseorang lakukan pada dasarnya adalah hubungan yang tidak konsisten. Dalam hubungan LGBT mesti ada seorang lelaki yang menjadi seorang lelaki dan seorang yang menjadi seorang wanita. Jika kedua-dua menyerupai lelaki atau perempuan maka tidak akan ada kesenangan yang menggoda dan suka di antara.

Untuk itu, kita dapat melihat dan mengambil pelajaran secara asasnya sifat manusia sentiasa berpasangan. Tidak ada sesiapa yang mahu bersama pasangan yang sama lelaki atau perempuan. Sifat cinta dan ketenangan dilahirkan dari pelbagai ciri dan jenis.

LGBT tidak menerima sifat manusia tetapi tidak secara konsisten menjalankan hubungan dengan bentuk yang pada hakikatnya kembali kepada sifat manusia.

3. Kehilangan keturunan

Jika hubungan LGBT ini terus disosialisasikan dan dilegalisasi di masyarakat, maka ummat manusia boleh punah dan hilangnya keturunan di muka bumi. Hubungan LGBT tidak akan dapat menghasilkan keturunan kerana sifat keturunan yang lahir dari kehadiran lelaki dan wanita.

Walaupun teknologi dihasilkan untuk mencipta orang baru walaupun, ia tidak dapat menggantikan peranan ibu, bapa yang kedua-duanya melahirkan dunia. Kanak-kanak dari teknologi tidak mungkin menjadi manusia yang benar-benar mendapat kasih sayang, kejelasan status keluarga, status diri, tanggung jawab jagaan, dan sebagainya.

4. Hak Asasi Manusia Tidak Boleh Melawan Fitrah

Orang-orang LGBT sering mengambil isu ini dan mempertahankan diri mereka mengenai hujah hak asasi manusia. Manusia pasti mempunyai hak untuk mengundi, tetapi setiap pilihan disertai dengan akibat dan kebertanggungjawaban yang harus diandaikan.

Hak asasi manusia pastinya tidak boleh melemahkan atau menghapuskan undang-undang keseimbangan yang ada di bumi. Oleh itu, sebagai umat Islam tentulah kita harus menghalang berlakunya kerosakan sedemikian dengan cara yang benar dan objektif.

Melawan LGBT pastinya tidak dapat ditentang oleh keganasan atau bahkan menentang cara radikal. Islam selalu meminta menyelesaikan masalah dengan betul, mengikut konteks masalah dan juga menyelesaikan tanpa sebarang kesan negatif.


Jadi , secara asasnya , perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam negara yang majoritinya beragama Islam , dimana Islam telah dididik dan ditanam ke dalam sanubari umatnya semenjak dari kecil lagi . Adakah kita hanya mampu berdiam diri serta hanya mampu melihat perkara ini berlaku di hadapan mata kita tanpa ada pencegahan serius dari semua pihak ?


Sumber : i . http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/Hadis-hadis_Sahih_Berkaitan_Perlakuan_LGBT.pdf
ii . https://dalamislam.com/akhlaq/lgbt-menurut-islam

Tuesday, June 26, 2018

Mendidik Generasi Masakini Meminati Sejarah .

Subjek sejarah merupakan antara salah satu subjek teras bagi pelajar-pelajar sekolah apabila memasuki zaman Sekolah Menengah . Namun , pada masakini , ramai di antara pelajar negara ini yang mula mengambil ringan mengenai subjek yang mula dinaikkan pangkat menjadi subjek " wajib lulus " untuk peperiksaan SPM bermula pada 2013 ini , bahkan ada di antara mereka yang tidak langsung berminat dengan matapelajaran ini . Ini merupakan satu perkara yang merisaukan kerana mereka tidak dididik sebetulnya mengenai susah payah pejuang silam dalam mencari serta mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu .

Sebenarnya , banyak cara untuk mendidik generasi masakini dalam mencintai subjek ini . Sebagai contoh saya ambil , mungkin guru-guru di sekolah menengah boleh mengambil ikhtiar dengan mengubah cara penyampaian fakta-fakta yang sebelum ini , kebanyakkan guru lebih memilih untuk membaca bulat-bulat fakta yang ada di dalam buku teks , sehingga menyebabkan pelajar menjadi cepat bosan dan mengantuk . Guru-guru mungkin boleh menggunakan konsep ' mind map ' ataupun menggunakan konsep nota ringkas bagi mengelakkan pelajar dari membaca fakta-fakta yang terlalu panjang atau rumit . 

Ibu bapa juga memainkan peranan dalam mengubah persepsi pelajar tentang subjek ini . Pepatah mengatakan bahawa " melentur buluh biarlah dari rebungnya " , jadi jelaslah bahawa untuk memupuk minat seseorang itu mestilah bermula semenjak mereka kecil lagi . Sejujurnya , saya meminati subjek ini dahulu kerana ayah saya pernah memberikan saya sebuah buku teks sejarah Tingkatan 4&5 milik ibu saudara saya dahulu , dan bermula dari itu saya mula meminati subjek ini sehingga sekarang , walaupun saya sudah menamatkan zaman persekolahan saya 3 tahun lalu . 

Satu lagi langkah drastik bagi memulihkan semula krisis ini ialah dengan mengadakan kempen yang progresif , sistematik dan konsisten . Walaupun perkara ini kelihatan terlalu normal dan ada masanya masyarakat melihat langkah ini sebagai tidak cukup berkesan , tetapi ini adalah cara yang sesuai dalam menyampaikan maksud atau mesej mengenai kepentingan remaja dalam mempelajari sejarah , tambahan pula di zaman generasi IT yang mana telefon bimbit tidak pernah lekang dari tangan . 

Jadi , adalah penting bagi masyarakat , terutama ibubapa dan guru bagi mendidik generasi Y ini tentang pentingnya mempelajari , mengetahui serta menguasai subjek sejarah kerana kita pasti tidak mahu sejarah yang lepas daripada kembali lagi pada masa akan datang .